Tentang Kami






Zaicorp Industries Sdn. Bhd. diperbadankan sebagai sebuah syarikat persendirian pada tanggal 17 April 2005 di Kota Bharu, Kelantan. Merupakan sebuah syarikat bertaraf bumiputera yang menjalankan aktiviti perniagaan dalam bidang pembuatan dan pembekalan beg. Beg-beg keluarannya termasuklah beg dokumen, beg seminar, beg kembara, beg bimbit, beg sekolah, beg sukan, dan sebagainya. 


Zaicorp Industries Sdn. Bhd. menjalankan operasi pengeluaran beg di sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Pengekalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Dengan keluasan lantai 5 000 kaki persegi dan tenaga kerja yang disokong dengan peralatan dan mesin yang lengkap, kilang ini mampu mengeluarkan sehingga 10 000 buah beg sebulan.

Pada hari ini, Zaicorp Industries Sdn. Bhd. melebarkan pasarannya di Terengganu dan Utara dengan pembukaan cawangan di Kuala Terengganu dan Alor Setar.



Share: