Tempahan beg
Pelbagai jenis beg boleh ditempah mengikut citarasa dan bajet anda. Antaranya ialah :
- Beg sekolah
- Beg travel
- Beg bagasi
- Beg kasut
- Beg lukisan
- Beg laptop
- Beg jinjing batik
- Beg dokumen / bimbit
- Beg askar
- Beg kembara
- Beg tote
- Beg sandang
- Beg kosmetik
- Beg passport
- Beg silang
- Beg susu bayi
Tentang Kami
Zaicorp Industries Sdn. Bhd. diperbadankan
sebagai sebuah syarikat persendirian pada
tanggal 17 April 2005 di Kota Bharu, Kelantan. Merupakan sebuah syarikat bertaraf
bumiputera yang menjalankan aktiviti
perniagaan dalam bidang pembuatan
dan pembekalan beg. Beg-beg keluarannya termasuklah
beg dokumen, beg seminar, beg kembara,
beg bimbit, beg sekolah, beg sukan,
dan sebagainya.
Zaicorp Industries Sdn. Bhd. menjalankan
operasi pengeluaran beg di sebuah kilang
yang terletak di Kawasan Perindustrian
Pengekalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Dengan keluasan lantai 5 000 kaki persegi
dan tenaga kerja yang disokong dengan
peralatan dan mesin yang lengkap,
kilang ini mampu mengeluarkan
sehingga 10 000 buah beg sebulan.
Pada hari ini, Zaicorp Industries Sdn. Bhd.
melebarkan pasarannya di Terengganu dan
Utara dengan pembukaan cawangan
di Kuala Terengganu
dan Alor Setar.